Cuba Mencuba

sekarang ni...
aku tengah cuba buat aktiviti kat sebelah ni...
tau kan pa dia budak ni tengah buat...
sebenarnya...
aku tak tau nak pilih gambar yang sesuai...
adakah gambar kat atas atau kat sebelah ni yang sesuai...
herm..
apapa la...
senang cakap...
aku cuba untuk bersenam...
setelah berkurun lama aku tak bersukan...
rasa macam nak start balik...
gaya cakap macam atlet...
tak nak kalah!!!

aku bukan atlet okay!!!
hatta seorang jaguhan pun bukan...
aku hanyalah insan biasa yang selalu kalau boleh nak skip ja merentas desa kat sekolah...
amacam???
ada nampak otai tak???
tak da maknanya...

sebab apa aku nak cuba mengeluarkan peluh dengan bersenam??
semuanya sebab lemak-lemak tepu dan degil yang makin berleluasa kat anggota badan aku ni...
tengok orang lain makin lama makin kecik...
yang aku ni makin lama makin membesar...
tak boleh jadi...
kita kena buat sesuatu sebelum perkara ini tak terkawal...

wah2...
di sebalik kecomelan wajahmu itu...
kata-katamu agak sinis bagiku...
tak pa...
kita cuba try test dulu...
better try than nothing right???
terkeluar abeh bahasa mat saleh kiterr..
okay..
macam gedik jer...
macam gedik jer...
(tak nak ketinggalan..haha)
lawak ja noooo...





CuTi

sebagai seorang pelajar...
cuti merupakan perkara yang paling dinanti-nantikan...
kenapa dan mengapa???
kerana...

yang pertama...
bila dah cuti...
tak da kelas...
ni benda paling heaven tau...
faham2 la kondisi pelajar waktu dalam kelas...
masing2 berusaha sedaya upaya untuk menadah
segala ilmu yang dicurah oleh para pensyarah...
bukan senang tau...

yang kedua...
bila cuti boleh balik kampung...
lautan kereta sanggup ku redah agar sampai ke kampung halaman...
tak kesah la jauh ka dekat...
ni aktiviti wajib kalau cuti raya..
bukan senang oiiii...
rasa ketupat rendang kat kampung tak dapat kat tempat orang...
tak sama...

yang ketiga...
makanan...
bila dah balik rumah...
mula la aktiviti untuk menaikkan berat badan...
tatkala kita sedang bersuka ria bercuti...
para sang lemak ini bekerja keras untuk meningkatkan kuantiti dirinya...
tak boleh kata apa dah...
asal balik rumah ja konpem berat badan naik..
itu normal...

banyak lagi sebab munasabab yang lain sebenarnya...
cukup la sekadar tiga ni yang aku bagi...
yang lain tu hampa list sendiri la nooo...

dah lama tak update blog..
seperti biasa...
alasannya tetap sama...
sibuk dan malas...
hehe...
Alhamdulillah...
raya haji kali ni aku still dapat beraya dengan keluarga...
nasib baik boleh cuti walaupun sat ja...
bayangkan la..
esok raya...
malamnya aku dah kena naik bas balik ke johor..
atas alasan???
hari rabu dah ada kelas...
huhuhu..
sabor je la..
tak pa..
dugaan...
biarkan duka itu berlalu...
yang penting esok raya...
ahahaha...

Selamat Hari Raya Aidiladha..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...